Sejarah Sekolah

School Badge

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Taman Selasih,Kulim terletak di dalam kawasan Taman perumahan iaitu Taman Selasih.Sebelum beroperasi sepenuhnya di bangunan sendiri,SKTS menumpang di Sekolah Kebangsaan Kulim Bandar pada 1 Januari 1999. Pada peringkat ini seramai 300 orang murid.Guru Besar yang pertama ialah Encik Mohd Yusof bin Abdul Hamid. Sekolah Kebangsaan Taman Selasih hanya beroperasi sepenuhnya pada 21 Februari 1999. Bilangan murid telah bertambah kepada 1200 orang dan bilangan guru seramai 52 orang.

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Selasih yang seramai 1200 orang ketika itu kebanyakkannya datang dari Taman Selasih, Taman Angsana dan beberapa taman perumahan yang berhampiran. Menjelang Tahun 2000 bilangan murid kian bertambah hingga mencecah 1550 orang dan peningkatan bilangan guru kepada 62 orang.

Dari segi fizikalnya Sekolah Kebangsaan Taman Selasih dilengkapi dengan tiga blok bangunan tiga tingkat , sebuah bangunan kantin, makmal komputer, padang permainan yang luas, gelanggang sepak takraw, bola tampar dan beberapa kemudahan fizikal lain yang menjadikan sekolah ini antara sekolah yang menpunyai kemudahan yang lengkap dan prasarana yang kondusif untuk pembelajaran.

 

VISI

Sekolah Kebangsaan Taman Selasih akan menjadi antara 10 buah sekolah rendah terbaik dalam Daerah Kulim-Bandar Baharu menjelang tahun 2010.

MISI

Sekolah Kebangsaan Taman Selasih Berusaha Untuk :

  • Memimpin, Mengurus dan Mentadbir Sekolah dengan cekap dan berkualiti.
  • Menghasilkan murid yang cemerlang dalam kurikulum
  • Melahirkan murid-murid yang hebat dalam bidang kokurikulum.
  • Melahirkan murid-murid yang mempunyai sahsiah yang mulia dan jati diri tinggi.
  • Mewujudkan prasarana yang selamat, kondusif dan ceria
  • Menjalinkan hubungan baik dengan PIBG dan Komuniti.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Mendidik setiap pelajar sekolah ini ke arah kecemerlangan dalam kurikulum dan kokurikulum selari dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  2. Mempastikan semua murid di sekolah ini diberi peluang hak pendidikan yang sama tanpa mengira latar belakang agama, keturunan politik dan taraf sosio ekonomi.
  3. Sentiasa bekerja dengan penuh dedikasi, jujur amanah, komited bertanggungjawab dan sedia menerima pandangan dan teguran membina.
  4. Mewujudkan prasarana persekolahan yang selesa dan selamat.
  5. Akan sentiasa menjunjung dan menaikan mertabat profesion keguruan.
  6. Mewujudkan permuafakatan dan perkhidmatan penyayang.

PENERANGAN STRUKTUR LENCANA SEKOLAH

WARNA BIRU
Melambangkan Perpaduan kaum Semua Warga Sekolah yang terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India.

WARNA KUNING
Melambangkan Sekolah ini terletak dalam Negeri di Bawah Naungan Pemerintahan Beraja iaitu Sultan Kedah Darul Aman.

WARNA HIJAU
Melambangkan Negara Islam.

BENTUK BULAT
Melambangkan Tanda Pemuafakatan di antara semua warga sekolah.

AL-QURAN
Melambangkan Pegangan dan Panduan Iaitu Al-Quran dan Hadith.

GENGAMAN IJAZAH
Berkeyakinan dan Berazam Untuk Mencapai Kejayaan.

TOPI KONVO
Berusaha untuk mencapai Kecemerlangan dalam Pelajaran dan Pelbagai Bidang sehingga Keperingkat yang lebih Tinggi.

PADI
Bersifat kesederhanaan dalam segala hal mengikut rasmi padi “Semakin Menunduk Semakin Berisi”.

Moto Sekolah
“KEYAKINAN TERAS KECEMERLANGAN”

Slogan Sekolah
“SEKOLAH KITA TERUS SUKSES”

LAGU SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Taman Selasihpic-pencil.jpg

Kamilah warga SKTS
Menuju ke arah jaya
Yakinkan diri pasti berjaya
Itulah hasrat yang mulia
Gemilang harapan menjulang
Dedikasi cemerlang
Teguhkan tekad semangat juang
Bersatu menuju wawasan

Pupukkan sikap yang mulia
Bersyukur pada yang Esa
Hormati guru, ibubapa
Jadi insani yang mulia
Gemilang harapan menjulang
Dedikasi cemerlang
Teguhkan sikap semangat juang
Bersatu menuju wawasam (3X)pic-pencil.jpg

LAGU PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG
Jabatan Pendidikan Kedah

Kamilah warga pendidikan
Dengan semangat jati diri
Membina mental, jasad, rohani
Menghadapi cabaran
Esok pastinya lebih baik
Azam kita setiap masa
Inilah sumpah setia kita
Warga yang berwibawa

Kita berikrar untuk berjaya
Seiring wawasan negara
Kita berikrar untuk berjasa
Pada agama nusa dan bangsa
Buktilah kegemilangan
Negeri Kedah Darul Aman
Imejmu kan kami julang tinggi
Maruahmu terpelihara
Berjaya Berjaya Berjaya.

GURU BESAR :

Mr. Mohd Yusoff Bin Abdul Hamid

En. Mohd Yusoff Bin Abdul Hamid.
dari 1 January 1999 hingga 25 February 2000

Mr. Ruslan Bin Mehat

En. Ruslan Bin Mehat
dari 1 April 2000 hingga 15 November 2003

Mr. Othman Bin Abdullah

En. Othman Bin Abdullah
dari 16 November 2003 hingga sekarang.